Tuesday, November 25, 2008

Refleksi tugasan words (brochure)

  • Seperti biasa sebelum membuat sesuatu brochure saya akan mencari maklumat-maklumat yang sesuai untuk dimuatakan dalam brochure yang saya akan buat.
  • Maklumat kebanyakannya dicari melalui nota-nota kuliah saya dan bukuk-buku rujukan dan isi kandungan brochure saya hamper sama dengan isi kandungan yang terdapat dalam persembahan multimedia yang telah saya siapkan.
  • Dalam penyediaan brochure ini saya telah mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan untuk mendapatkan idea-idea bernas daripada mereka.
  • Dalam brochure saya, saya telah meletakkan gambar pesakit memakai P.O.P untuk menambahkan lagi keceriaan brocure tersebut. Dengan adanaya penambahan seperti gambar-gambar ia akan lebih menarik minat orang ramai untuk membacanya.
  • Saya juga telah memilih saiz yang kecil untuk brochure supaya ia kelihatan tidak terlalu membebankan orang ramai untuk membacanya. Selalunya orang ramai akan tertarik dengan brochure yang kecil kerana ia mudah dan ringkas untuk dibaca.
  • Bahasa-bahasa yang digunakan dalam brochure saya juga bahasa yang mudah difahami oleh orang ramai bukannya bahasa-bahasa perubatan. Jikan terlalu banyak menggunakan bahasa perubatan kemungkinan orang ramai tidak berminat untuk membaca brochure yang disediakan dan objektif pendidikan kesihatan kita tidak akan tercapai.
  • Sebagai seorang jururawat kemahiran untuk membuat brochure penting untuk membuat pendidikan kesihatan terutamanya bagi penyakit-penyakit yang agak merbahaya dan banyak dihadapin oleh rakyat-rakyat di negara kita.
  • Ia juga penting bagi jururawat untuk mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan yang kita sediakan dan juga kemudahan-kemudahan yang terdapat di hospital tempat kita bekerja.

No comments: