Tuesday, November 25, 2008

Refleksi tugasan pencarian meklumat (METAKU)

  • Di dalam laman web metaku barulah saya mengetahui bagaimana cara yang lebih efektif untuk mencari maklumat dengan lebih mudah dan tepat.
  • Banyak ilmu-ilmu baru yang saya pelajari daripada laman web berkenaan. Saya juga mengetahui banyak lagi enjin-enjin pencarian maklumat yang terdapat di internet selain daripada yahoo dan googles yang kita selalu gunakan.
  • Ada juga meklumat yang saya gunakan untuk pendidikan kesihatan yang saya sediakan dicari menggunakan enjin-enjin pencarian maklumat yang terdapat di dalam laman web metaku ini.
  • Di dalam laman web metaku ni juga disediakan satu sesi ‘survey’ iaitu dengan menjawab soalan-soalan yang disediakan untuk menilai tahap kebolehan kita menggunakan internet untuk mencari maklumat dan juga pengetahuan kita tentang pencarian maklumat dengan cara yang betul.
  • Saya juga boleh mencari jurnal-jurnal yang sesuai dengan bidang saya iaitu bidang kejururawatan di sini dengan mudah. Ia mempercepatkan lagi saya untuk menyiapkam tugasan-tugasan yang pensyarah berikan dengan cepat. Kebanyakan jurnal-jurnal yang didapati menggunakan format PDF.
  • Dalam laman web metaku ini juga mempunyai pautan dengan laman web perpustakaan UKM dan ini memudahkan lagi kita mencari maklumat tentang jurnal-jurnal yang hendak dicari kerana laman web perpustakaan mempunyai banyak enjin-enjin pencarian untuk pencarian jurnal.

No comments: