Tuesday, November 25, 2008

Refleksi tugasan powerpoints

  • Saya mencari maklumat daripada nota-nota kuliah saya dan buku-buku rujukan. Maklumat yang saya cari semuanya merguna untuk pendidikan kesihatan yang saya akan berikan.
  • Saya juga mendapatkan maklumat daripada staf-staf yang bekerja di Klinik Orthopedik PPUKM kerana mereka lebih berpengalaman dalam bidang pemasangan dan penjagaan pesakit dengan P.O.P ini.
  • Setelah mencari maklumat-maklumat yang diperlukan saya telah membuat satu tugasan powerpoints untuk dijadikan satu bahan untuk pendidikan kesihatan yang akan saya sampaikan.
  • Saya berpuas hati dengan powerpoints yang saya sediakan kerana ia tidak terlalu susah untuk difahami oleh khalayak ramai dan saya tidak menggunakan bahasa-bahasa perubatan yang susah.
  • Powerpoints saya juga kelihatan menarik lagi dengan penambahan gambar-gambar pesakit yang memakai P.O.P. dengan adanya gambar-gambar seperti itu, khalayak akan menjadi lebih tertarik untuk mendengar pendidikan kesihatan yang saya sampaikan.
  • Sebagai seorang jururawat, powerpoints ini penting dalam sebagai medium untuk menyampaikan pendidikan kesihatan kepada orang ramai dan cara ini amatlah sesuai pada zaman yang serba moden ini seiring dengan kemajuan teknologi.
  • Powerpoints juga penting semasa seseorang jururawat itu hendak menyampaikan persembahan multimedia ketika menghadiri kursus-kursus ataupun ketika program Continuous Nursing Education (CNE) dijalankan.

No comments: