Tuesday, November 25, 2008

Refleksi tugasan EXCEL

  • Buat pertama kalinya saya mempelajari cara menggunakan excel ketika menghadiri kelas IT ini. Excel ini agak susah digunakan kerana saya baru mempelajarinya tetapi setelah memahami cara penggunaannya ia menjadi lebih mudah.
  • Sebagai latihan individu kami diarahkan untuk membuat belanjawan diri sendiri sebagai latihan untuk excel ini. Belanjawan yang dibuat itu adalah belanjawan ang telah digunakan kita sepanjang tahun.
  • Dengan excel ini kita boleh melakukan kerja-kerja yang perlu dibuat dalam bentuk jadual dengan lebih mudah, kemas dan sistematik. Ia juuga mempunyai system pengiraan yang automatic.
  • Bagi kerja kumpulan menggunakan excel. Kumpulam kami telah membuat satu senarai berbentuk jadual bagi barang-barang keperluan yang digunakan di dalam wad. Kami telah mendapatkan data-data ini daripada ketua jururawat wad berkenaan.
  • Dengan cara ini kita boleh mengetahui berapa jumlah barang-barang keperluan wad yang telah digunakan oleh staf-staf wad tersebut dan memudahkan ketua jururawat untuk menempah barang-barang keperluan itu jika barang-barang keperluan itu kehabisan.
  • Bagi jururawat excel ini juga penting untuk membuat ‘cencus’ iaitu jadual bagi pengiraan berapa orang pesakit yang telah dimasukkan ke dalam sesuatu wad dan berapa orang pesakit yang telah discaj dari wad tersebut untuk setiap hari.

No comments: