Wednesday, September 24, 2008

Penilaian bagi semua laman web

Setelah menggunakan laman-laman web yang disyorkan, saya mendapati semuanaya telah menepati semua ciri-ciri yang diperlukan untuk laman web pencarian dan supaya pencarian maklumat menjadi semakin mudah. Antara ciri-ciri itu ialah jelas, tepat, keterpeincian, logik, relevan, mendalam, luas, signifikan dan adil. Jelas dapat ditunjukkan dengan mudahnya pencarian maklumat yang dilakukan dan dari sini kita dapat menilai ketepatan maklumat yang kita perolehi. Dari maklumat yang tepat kita dapat memeriksa keterpeincian maklumat yang kita cari. Maklumat-maklumat yang kita cari juga haruslah logik dan relevan supaya maklumat yang dicari tidak bercanggah daripada perkara yang sebenarnya.pencarian maklumat secara mendalam melalui laman-laman web pencarian di atas memudahkan lagi kerja kita. Dengan laman web yang mempunyai maklumat-maklumat yang luas bukan sekadar sahaja di dalam negara malah meluas di seluruh dunia. Maklumat yang signifikan menguatkan lagi data-data yang kita cari. Adil diperlukan supaya maklumat yang dicari supaya kerja kita akan siap dengan lancar dan tanpa gangguan.

Ringkasan dan Penilaian Jurnal

Artikel jurnal : Cancer cells survive with survivin

Nama jurnal : Cancer Science

Volume 99, issue 9

Ringkasan :-

Dalam jurnal ini menceritakan bagaimana resistannya sel-sel kanser walaupun setelah melalui pelbagai rawatan untuk membunuh sel-sel kanser. Contoh rawatan yang telah dijalankan ialah kemoterapi dan radioterapi. Artikel dalam jurnal ini menunjukkan bagaimana cara sel-sel kanser itu resistan terhadap rawatan yang diberikan. di sini juga ditunjukkan cara-cara ubat-ubat rawatan kanser ini diproses di dalam sistem darah manusia supaya ia boleh mempercepatkan lagi tindak balas ubat berkenaan. Jurnal ini lebih menerangkan bagaimana sel-sel kanser bertindak dengan protein dalam badan manusia untuk terus hidup.

Penilaian :-

Setelah saya membaca jurnal ini, agak susah untuk saya memahaminya kerana laras bahasa inggeris yang digunakan agak tinggi dan agak susah untuk difahami. Walaupun saya belajar dalam bidang sains tapi masih banyak lagi istilah-istilah sains yang saya tidak tahu terutamanya dalam bidang yang dikaji dalam jurnal ini iaitu bidang kanser. Tapi daripada jurnal saya mendapat ilmu baru yang saya boleh kongsi bersama-sama rakan terutamanya dalam bidang kanser. Di sini juga kita boleh mengetahui mekanisme yang boleh digunakan untuk menghapuskan sel-sel kanser yang terdapat dalam badan pesakit kanser dan cara-cara melakukannya. Jurnal ini telah ditulis oleh seorang doktor dan jurnal ini dibuat atas pengalaman doktor itu sendiri.

Pencarian, Pemilihan dan Penilaian Lima Laman Web

1. http://www.cna-aiic.ca/CNA/practice/informatics/default_e.aspx

  • Laman web ini memperkenalkan 'e-nursing strategy' iaitu satu strategi baru yang membimbing para jururawat di dalam pembangunan dalam teknologi maklumat. Ini adalah satu inisiatif untuk memajukan lagi amalan kejururawatan dan kehendak klien. Ia termasuk semua keperluan contohnya amalan klinikal, pendidikan, penyelidikan, pentadbiran dan polisi. Laman web ini juga menyediakan keperluan-keperluan yang diperlukan oleh jururawat terutamanya tentang bidang teknologi maklumat. Ianya amatlah berguna untuk jururawat dan klien juga. Pada pendapat saya laman web ini banyak memberi input yang baik bagi jururawat. Dengan laman web ini jururawat boleh memajukan diri sendiri, tidak hanya bergantung kepada maklumat-maklumat yang diberikan oleh orang atasan sahaja.

2. http://www.nursing-informatics.com/kwantlen/history.html

  • Melalui laman web ini kita akan mengetahui sejarah-sejarah bagaimana berkembangnya kejururawatan di dunia terutamanya teknologi yang berlaku dalam bidang ini. Dapat kita lihat di sini betapa cepatnya perkembangan teknologi perubatan di dunia ini khususnya alat-alat bantuan perubatan seperti X-ray, incubator dan sebagainya. Di sini juga kita dapat lihat beberapa pertubuhan kejururawatan yang berkaitan dengan teknologi maklumat menceritakan kejayaan yang mereka telah kecapi dan matlamat pertubuhan mereka ditubuhkan. Pada pendapat saya laman web sebegini amatlah berguna pada masa sekarang kerana kita boleh mencari rujukan kerana terdapat banyak sumber yang penting tentang kejururawatan di sini. Kita juga boleh mengetahui serba sedikit tentang aktiviti-aktiviti pembelajaran daripada laman web ini.

3. http://www.level1diet.com/514370_id

  • Laman web ini sangat berguna untuk para jururawat kerana di sini kerana terdapat banyak maklumat tentang penyakit-penyakit. Selain daripada maklumat tentang penyakit ada juga maklumat tentang teknologi maklumat. Di laman web ini juga kita akan dapat mengetahui tentang maklumat-maklumat terbaru tentang teknologi maklumat dalam kejururawatan. Pada pendapat saya laman web ini amat bagus kerana kita tidak perlu ke tempat lain untuk mencari maklumat, dengan hanya klik di internet atau laman web ini semuanya dah terjawab.

4. http://www.infectioncontroltoday.com/hotnews/75h29874956016.html

  • Laman web ini memberitahu kita bahawa pentingnya penjagaan diri ketika berada di dalam wad terutamanya bagi para jururawat. Laman web ini khusus untuk memberi maklumat kepada kita tentang bahayanya infeksi jika terkena diri kita. di sini disediakan maklumat-maklumat tentang bagaimana kita hendak mengelakkan infeksi. Dengan adanya laman web ini semuanya boleh dicari dengan mudah tanpa bersusah-payahmencari sumber di tempat lain. Pada pendapat saya laman web ini penting untuk kita supaya kita tahu perkembangan tentang cara-cara mengelak diri daripada infeksi.

5. http://www.nursix.org/

  • Laman web ini memberitahu kita tentang kejururawatan tradisional dan kejururawatan moden. Laman web ini juga ada menerangkan serba sedikit tentang teknologi maklumat dalam kejururawatan terutamanya dalam pencarian maklumat. Laman web ini mempunyai banyak pautan dengan laman-laman web yang lain berkenaan dengan kejururawatan. Pada pendapat saya laman web ini penting untuk pencarian maklumat kerana ia mempunyai banyak pautan ke laman web yang lain yang penuh dengan informasi.