Friday, August 15, 2008

Ciri-ciri yahoo mail dan yahoo group

ciri-ciri yahoo mail dan ciri-ciri yahoo group

ciri-ciri yahoo mail

  • Perlu ‘sign in’ terlebih dahulu kemudian diikuti dengan email sendiri dan password.
  • Kemudian pengguna secara automatik dapat menghantar email.
  • Mempunyai signature sendiri.
  • Email akan dihantar secara peribadi kepada orang lain.

ciri -ciri yahoo group

  • Perlu ‘sign in’ terlebih dahulu dalam laman web yahoo.
  • Dapat menjemput sesiapa sahaja yang berminat dengan yahoo group.
  • Boleh membincangkan topik dan berkongsi pelbagai topik yang dikemukakan dalam yahoo group.
  • Tiada singnature tersendiri.
  • Hanya ahli group sahaja yang menerima email.
  • Group dapat dikongsi.

Penjagaan pesakit dengan plaster of paris

Tajuk :


Penjagaan pesakit dengan plaster of paris -plaster of paris adalah satu cara rawatan bagi pesakit yang mengalami fraktur(kepatahan) terutamanya pada tulang. Selalunya tulang yang terlibat adalah tulang kaki dan tulang tangan. Kebanyakan kepatahan ini berlaku disebabkan kemalangan dan kecuaian pesakit itu sendiri.





Justifikasi Tajuk :


Saya ingin membuat penjagaan pesakit dengan plaster of paris kerana saya telah melihat ramai pesakit tidak begitu menjaga plaster of paris yang dipasang pada mereka. Sewaktu mereka berada di dalam wad pun mereka telah menunjukkan sikap mereka yang hanya memandang remeh tentang penjagaan plaster of paris ataupun dalam bahasa orang ramai "simen" inikan pula ketika mereka berada di rumah. Ini menguatkan lagi semangat saya untuk membuat persembahan ini dan memberi penerangan kepada pesakit-pesakit ini.





Tujuan Persembahan :


Tujuan saya membuat persembahan ini adalah untuk menerangkan kepada pesakit-pesakit supaya lebih berhati-hati dalam penjagaan plaster of paris ini. dengan persembahan ini juga saya akan sertakan sekali cara-cara untuk menjaga plaster of paris ini dengan cara yang betul supaya pesakit akan lebih faham. Persembahan ini bukan sahaja ditujukan untuk pesaki-pesakit yang berada di dalam wad malah juga untuk pesakit luar. Saya juga akan menerangkan kepada kumpulan sasaran kenapa dan bagaimana plaster of paris ini dipasang supaya dapat meningkatkan pengetahuan di kalangan kumpulan sasaran.





Mesej Untuk Kumpulan Sasaran :




  • Saya menyarankan kepada pesakit-pesakit yang memakai plaster of paris ini supaya sentiasa berhati-hati dan menjaga plaster of paris itu dengan baik.


  • Pesakit juga disarankan supaya tidak menconteng plaster of paris supaya senang untuk memeriksa plaster of paris jika belaku rekahan.

  • Komplikasi-komplikasi apabila tidak menjaga plaster of paris dengan baik.


  • Pesakit juga dilarang untuk mengorek plaster of paris kerana ia akan menyebabkan risiko infeksi kepada kawasan yang mengalami kepatahan itu contohnya seperti patah kaki.


  • Harapan saya adalah selepas penerangan yang saya berikan ini, pesakit-pesakit boleh mempraktikkan semua cara-cara menjaga plaster of paris ini dengan betul.


  • Dengan cara pesakit-pesakit mendengar penerangan dan bertanya soalan kepada saya diharapkan dapat memberi maklumat baru dan mungkin pengalaman baru kepada pesakit.

  • Dengan menyertakan gambar-gambar komplikasi penjagaan plaster of paris yang salah dalam persembahan saya mungkin boleh memberikan impak yang besar dan boleh menyedarkan pesakit supaya menjaga plaster of paris dengan baik.

  • mereka akan takut pabila teringatkan gambar-ganbar komplikasi penjagaan yang tidak betul.

Kumpulan Sasaran :


Kumpulan sasaran untuk persembahan saya ini adalah pesakit-pesakit yang memakai plaster of paris tidak kira berada di dalam wad ataupun pesakit luar. Penerangan ini juga ditujukan khas buat kanak-kanak yang memakai plaster of paris ini kerana kanak-kanak lah yang selalunya mengabaikan cara-cara yang betul untk penjagaan plaster of paris ini.


Bagaimana Persembahan Ini Digunakan :


Sesi Ceramah:


Saya akan menggunakan powerpoint semasa memberi ceramah supaya maklumat yang akan saya sampaikan akan lebih mudah dan jelas difahami oleh pesakit-pesakit. Saya akan mengadakan ceramah ini di Wad Ortopedik ataupun di Klinik Ortopedik. Selain itu saya juga akan menyertakan risalah-risalah tentang penjagaan plaster of paris ini untuk diedarkan kepada semua pesakit-pesakit yang menyertai sesi ceramah ini.


Kiosk Maklumat :


Saya juga akan meletakkan "slide presentation" tentang penjagaan plaster of paris ini ke dalam blog saya supaya boleh menjadi tatapan para tetamu blog saya supaya mereka mengetahui tentang penjagaan plaster of paris yang betul. Saya juga akan menayangkan persembahan saya dalan laman web fakulti atau jabatan jika boleh supaya boleh menjadi salah satu bahan pembelajaran pada masa akan datang.

Friday, August 8, 2008

perbezaan dan persamaan signature dan compose

perbezaan - signature adalah untuk menunjukkan identiti sebenar penghantar emel tersebut dan compose jika kita nak hantar emel kita perlu menaip nama kita berulang kali tetapi dengan adanya signature kita tidak perlu menaip nama kita sebagai penghantar emel lagi. Bagi compose kita boleh menyamar dengan menggunakan name samaran tetapi bagi signature kita tidak boleh menyamar.
persamaan - menghantar emel, untuk urusan rasmi.

Ciri-ciri signature

1. Digunakan untuk urusan rasmi.
2. Tidak perlu untuk menulis nama penghantar emel berulang kali.
3. boleh digunakan untuk tujuan penyamaran.

Ciri-ciri compose

1. Penghantar emel perlu menaip namanya berulang kali ketika hendak menghantar emel.
2. Emel boleh di anggap tidak rasmi jika terlupa untuk menyertakan sekali identiti diri sebenar penghantar emel.

persamaan dan perbezaan forward dan reply

Forward
Forward ialah satu satu penghantaran sesuatu maklumat yang sama kepada penerima lain
ianya tidak perlu menaip secara berulang-ulang kali
penghantarannya adalah lebih cepat dan menjimatkan masa pengirim
selain itu, forward juga dapat mengelakkan daripada perbezaan maklumat yang diperolehi dari pengirim lain dan dihantar semula kepada penerima lain tanpa menokok tambah perkataan yang sedia ada dari sebelumnya daripada pengirim yang lalu.
Semasa mesej sampai kepada penerima, penerima hanya perlu terus menekan forward kepada penerima lain dengan hanya menekan klik forward serta-merta kepada orang yang dikehendaki..

REPLY

Reply pula ialah suatu maklum balas email yang telah diterima
Selain itu, maklumat yang telah dihantar oleh pengirim sebelum ini telah sedia ada didalam kotak penerima
jadi, maklumat baru yang akan dibalas akan berada diatas skrin sebelum dihantar kepada penerima

PERSAMAAN
Semasa pengirim menghantar mesej,kedua-dua maklumat tersebut adalah sama dan tersedia didalam kotak pengirim

persamaan dan perbezaan forward dan CC

persamaan diantara forward dan cc :

- Dibawah kolum yahoo
- bertujuan untuk menghantar mesej
- bertujuan untuk menyampaikan maklumat samada untuk dikongsikan bersama
- sebagai balasan dan penyambung dalam menyampaikan maklumat untuk orang lain


perbezaan diantara cc dan forward

- menyampaikan berita yang sama
- kalau diemail pula,akan tertulis dibahagian subjek perkataan 'Fwd'
- tidak perlu menaip lagi
- selalunya menjimatkan masa dan tenaga
-isi dan kandunganya sama seperti asal

Friday, August 1, 2008