Friday, August 15, 2008

Penjagaan pesakit dengan plaster of paris

Tajuk :


Penjagaan pesakit dengan plaster of paris -plaster of paris adalah satu cara rawatan bagi pesakit yang mengalami fraktur(kepatahan) terutamanya pada tulang. Selalunya tulang yang terlibat adalah tulang kaki dan tulang tangan. Kebanyakan kepatahan ini berlaku disebabkan kemalangan dan kecuaian pesakit itu sendiri.





Justifikasi Tajuk :


Saya ingin membuat penjagaan pesakit dengan plaster of paris kerana saya telah melihat ramai pesakit tidak begitu menjaga plaster of paris yang dipasang pada mereka. Sewaktu mereka berada di dalam wad pun mereka telah menunjukkan sikap mereka yang hanya memandang remeh tentang penjagaan plaster of paris ataupun dalam bahasa orang ramai "simen" inikan pula ketika mereka berada di rumah. Ini menguatkan lagi semangat saya untuk membuat persembahan ini dan memberi penerangan kepada pesakit-pesakit ini.





Tujuan Persembahan :


Tujuan saya membuat persembahan ini adalah untuk menerangkan kepada pesakit-pesakit supaya lebih berhati-hati dalam penjagaan plaster of paris ini. dengan persembahan ini juga saya akan sertakan sekali cara-cara untuk menjaga plaster of paris ini dengan cara yang betul supaya pesakit akan lebih faham. Persembahan ini bukan sahaja ditujukan untuk pesaki-pesakit yang berada di dalam wad malah juga untuk pesakit luar. Saya juga akan menerangkan kepada kumpulan sasaran kenapa dan bagaimana plaster of paris ini dipasang supaya dapat meningkatkan pengetahuan di kalangan kumpulan sasaran.





Mesej Untuk Kumpulan Sasaran :




  • Saya menyarankan kepada pesakit-pesakit yang memakai plaster of paris ini supaya sentiasa berhati-hati dan menjaga plaster of paris itu dengan baik.


  • Pesakit juga disarankan supaya tidak menconteng plaster of paris supaya senang untuk memeriksa plaster of paris jika belaku rekahan.

  • Komplikasi-komplikasi apabila tidak menjaga plaster of paris dengan baik.


  • Pesakit juga dilarang untuk mengorek plaster of paris kerana ia akan menyebabkan risiko infeksi kepada kawasan yang mengalami kepatahan itu contohnya seperti patah kaki.


  • Harapan saya adalah selepas penerangan yang saya berikan ini, pesakit-pesakit boleh mempraktikkan semua cara-cara menjaga plaster of paris ini dengan betul.


  • Dengan cara pesakit-pesakit mendengar penerangan dan bertanya soalan kepada saya diharapkan dapat memberi maklumat baru dan mungkin pengalaman baru kepada pesakit.

  • Dengan menyertakan gambar-gambar komplikasi penjagaan plaster of paris yang salah dalam persembahan saya mungkin boleh memberikan impak yang besar dan boleh menyedarkan pesakit supaya menjaga plaster of paris dengan baik.

  • mereka akan takut pabila teringatkan gambar-ganbar komplikasi penjagaan yang tidak betul.

Kumpulan Sasaran :


Kumpulan sasaran untuk persembahan saya ini adalah pesakit-pesakit yang memakai plaster of paris tidak kira berada di dalam wad ataupun pesakit luar. Penerangan ini juga ditujukan khas buat kanak-kanak yang memakai plaster of paris ini kerana kanak-kanak lah yang selalunya mengabaikan cara-cara yang betul untk penjagaan plaster of paris ini.


Bagaimana Persembahan Ini Digunakan :


Sesi Ceramah:


Saya akan menggunakan powerpoint semasa memberi ceramah supaya maklumat yang akan saya sampaikan akan lebih mudah dan jelas difahami oleh pesakit-pesakit. Saya akan mengadakan ceramah ini di Wad Ortopedik ataupun di Klinik Ortopedik. Selain itu saya juga akan menyertakan risalah-risalah tentang penjagaan plaster of paris ini untuk diedarkan kepada semua pesakit-pesakit yang menyertai sesi ceramah ini.


Kiosk Maklumat :


Saya juga akan meletakkan "slide presentation" tentang penjagaan plaster of paris ini ke dalam blog saya supaya boleh menjadi tatapan para tetamu blog saya supaya mereka mengetahui tentang penjagaan plaster of paris yang betul. Saya juga akan menayangkan persembahan saya dalan laman web fakulti atau jabatan jika boleh supaya boleh menjadi salah satu bahan pembelajaran pada masa akan datang.

3 comments:

zulkairi said...

salam
blehkan sy dapatkan slide presentation dan pamplets dari encik?
klau boleh,attach ke email sy zulkairipauzy@gmail.com
hal ini kerana,ia berkaitan denga assignment yang diberikan oleh pensyarah sy.. tq

zulkairi said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam,blh x kita bri health education pd pt yg akn discaj b/d pnjagaan cast supaya sapu losyen plembap pd kulit disekeliling hjung cast utk elak iritasi...ataupon suruh dia cek status neurovaskular?